
KETELUSAN. KECEKAPAN. KEPERCAYAAN
Setiap persoalan undang-undang ada jalan penyelesaiannya.
Biar firma kami bantu anda fahami pilihan yang ada.
Setiap keputusan yang bijak, bermula dengan nasihat yang tepat.
PERKHIDMATAN

KENALI KAMI
Tetuan Engku, Asyraf & Associates adalah firma guaman yang mengendalikan penyelesaian pertikaian secara alternatif termasuklah timbang tara dan mediasi. Para peguam di firma kami berpengalaman luas dan mempunyai pengalaman mewakili individu-individu, badan berkanun serta kerabat diraja dan warga antarabangsa disemua peringkat di Mahkamah Syariah di Malaysia.
PROFIL PEGUAM
Y.M. ENGKU ABDUL HADI BIN ENGKU MOHD GHAZALI
PENDIDIKAN
-
Ijazah Sarjana Muda (Syariah & Undang-Undang) di Universiti Al al Bayt, Mafraq, Jordan.
-
Diploma Pentadbiran dan Kehakiman Islam daripada Univerisiti Islam Antarabangsa (UIAM).
-
Sijil Mediasi oleh Accord Group, Australia.
Tuan Engku Abdul Hadi bin Engku Mohd Ghazali telah mula berkhidmat sebagai Paralegal di Tetuan Ku Aminah & Associates bermula tahun 2018. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Peguam Syarie di Tetuan Khairi Najihah & Associates setelah ditauliahkan sebagai Peguam Syarie sejak tahun 2020. Kemudian pada tahun 2022 beliau telah menubuhkan firma guaman di bawah gaya dan amalan di Tetuan Engku Abdul Hadi & Co. Firma tersebut telah mencapai kejayaan dalam pelbagai peringkat Mahkamah Syariah di Malaysia sehingga ke tahun 2024.
Sehingga kini beliau telah beramal di negeri Wilayah-Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan.


PROFIL PEGUAM
TUAN UBAIDULLAH ASYRAF BIN AHMAD SHOKERI
PENDIDIKAN
-
Diploma Pengajian Islam (Syariah) daripada Universiti Sulatan Zainal Abidin (UNISZA).
-
Ijazah Sarjana Muda (Fiqh Wal Usuluh) di Universiti Al al-Bayt, Mafraq, Jordan.
-
Diploma Pentadbiran dan Kehakiman Islam di Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA).
-
Sarjana Undang-Undang (L.L.M.)di Universiti Kebangsaan Malaysia.
-
Sijil Asas Mediasi, Australia.
-
Sijil Mediasi Lanjutan, Amerika Syarikat.
Tuan Ubaidullah Asyraf Bin Ahmad Shokeri telah ditauliahkan sebagai Peguam Syarie sejak tahun 2017. Beliau pernah berkhidmat sebagai Peguam Syarie di Firma Tetuan Shariah Chambers Of Zainul Rijal sejak tahun 2017 sehingga tahun 2024. Beliau beramal sebagai Peguam Syarie di Wilayah Persekutuan, Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Negeri Terengganu, Negeri Perak dan Negeri Kelantan.
apa yang kami tawarkan
Menguruskan kes-kes di Mahkamah syariah mengikut kehendak klien serta selari dengan undang-undang berkuatkuasa.
Menyediakan dokumen instrument pengurusan harta orang Islam seperti hibah, wasiat dan faraid.
Menyediakan khidmat nasihat dan konsultasi perundangan Syariah.
Menguruskan hal ehwal pusaka.
Menyediakan khidmat guaman syarie dan mediator kepada pelanggan.


Misi
Menyediakan khidmat guaman yang unggul dengan integriti, belas ihsan dan inovasi.
Visi
Menjadi peneraju dalam membentuk masyarakat yang adil, dikenali melalui pendekatan holistik dalam penyelesaian
undang-undang.